Kegunaan Melur putih

Sebagai perhiasan

Di Hawaii, melur (dikenal dengan nama setempatnya pikake – bermaksud "burung merak"[7]) digunakan untuk membuat kalungan bunga harum Hawaii yang disebut lei.

Di Kemboja, bunga ini digunakan sebagai persembahan sesaji untuk Buddha. Di saat musim berbunga yang dimulai pada bulan Jun, orang Kemboja merangkai bunga ini pada lidi untuk dipersembahkan kepada Buddha dalam persembahyangan.[8]

Dalam perubatan

Melur putih yang sering disebut melur saja di Indonesia memiliki rasa bunga dan daun yang pedas, manis dan sifatnya yang sejuk. Simplisia yang digunakan dalam perubatan ini mempunyai khasiat antiradang, merangsang pengeluaran keringat (diaforetik), peluruh air seni (diuretik) dan melegakan napas. Adapun akarnya terasa manis, pedas, tawar dan agak beracun. Ini bersifat mematikan rasa (anastesia) dan menghilangkan nyeri (analgesik). Ramuan melur putih dilarang untuk diminum oleh ibu hamil dan dalam keadaan badan lemah.[5]

Penyakit yang kiranya boleh dirawat dengan akar melur putih adalah bengkak (kerana luka dipukul), nyeri kerana patah tulang, dan sakit gigi dan kepala. Daun dan bunga melur putih digunakan untuk merawat selesema, muntah-muntah, demam, menghentikan ASI, dan bisul. Rendaman akar (yang dicampur minyak kelapa) digunakan sebagai ubat titis dalam telinga.[5]

Pemakanan

Di China, bunga ini menjadi campuran minuman teh melur (茉莉花茶).[5]

Rujukan

WikiPedia: Melur putih http://www.economist.com/node/18291529?story_id=18... http://books.google.com/books?id=IXtGAGK2LG0C&prin... http://books.google.com/books?id=oGUt7-7sGRIC&prin... http://books.google.com/books?id=LkTwlWpX8MEC&prin... http://www.humanflowerproject.com/index.php/weblog... http://www.youtube.com/watch?v=AdOqm6RK6OA http://www.aseansec.org/18203.htm http://www.efloras.org/florataxon.aspx?flora_id=2&... http://www.fao.org/docrep/005/ac452e/ac452e05.htm http://www.fao.org/docrep/005/ac452e/ac452e07.htm#...